Wednesday, July 14, 2010

Saturday, July 10, 2010

Muchriz Hilang Dalam Terang

Salam bloger,

Dalam persiapan mengadakan sekecil majlis hari lahir YM Muchriz pada esok 11 julai 2010. Sebelum membeli persiapan bahan masakan, Muchriz bersama papa,mama dan neneknya ke Gulatis Jalan TAR, KL kerana membeli kain2 persiapan perniagaan neneknya. Masa yang agak lama memilih sekitar dua jam dalam gedung tersebut sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan kawalan terhadap sikecil. Dalam ruang ground floor yang tak seberapa luas dirasakan mungkin tiada bahaya yang bakal mengundang. Papanya perasan di hujung tingkat tersebut terdapat satu lif yang menghubungkan dengan tingkat atas kedai tersebut. Muchriz dah banyak kali usha lif tersebut. Memang antu la kalo tengok lif dan eskalator. Beberapa kali niatnya terbantut untuk masuk ke ruang tersebut setelah di patahkan dengan psikologi berkesan.

Namun, dalam minit-minit akhir di situ kelibatnya hilang, segera di cari di celah rak kain. Sah tak ada. Dalam kepala kami tak da tempat lain lagi melainkan lif tersebut. PANIK! ya itu tang paling sesuai. Papanya terus bergegas ke tangga ke tingkat atas. Dalam kepala rasa macam dah terbayang-bayang kes kes orang hilang anak sebelum ni. Tertanya tanya betul ke dalam lif tu, bangunan ni 5 ttingkat. Kalau betol ntah tingkat berapa dia berenti. Sempat ker jumpa. Kalau tak jumpa? jadi la tragedi hari jadi yang memilukan. Dan kisah kehilangan kanak-kanak yang menyayat hati lagi. Terus rasa bodoh kerana leka walaupun sesaat dari pemerhatian pandangan mata. Ye la, walau sebelum ni kan main lagi berhati-hati, beringat ingat, kalau nak jadi....mana tau kan.

Sesampai jer hampir dengan pintu tingkat atas, dah terdengar dengar macam suara orang ramai bertanya tanya..."mak mana? mana mak?....sah orang tanya budak kecik. dan...memang benar. Muchriz tanpa ada tangisan, tanpa ketakutan...muka biasa saja. yang ketakutan papanya. Terus mendapatkan dan memeluk tubuh kecil itu... tiada lain, hanya syukur.! dan takut untuk membayangkan sekiranya tidak dijumpai...atau hilang...
apa akan jadi. malam ini tidak sebegini. Dan Hari Jadinya esok tidak menjadi. Sukar untuk memaafkan diri sendiri jika itu benar.

Beringat Sebelum Kena.