Friday, August 20, 2010

BERPINDAH

* SALAM PENGUNJUNG SEMUA,
LAMAN INI TELAH BERPINDAH KE www.mahadikaizen.blogspot.com

Terima Kasih atas kunjungan anda.

Wednesday, July 14, 2010

Saturday, July 10, 2010

Muchriz Hilang Dalam Terang

Salam bloger,

Dalam persiapan mengadakan sekecil majlis hari lahir YM Muchriz pada esok 11 julai 2010. Sebelum membeli persiapan bahan masakan, Muchriz bersama papa,mama dan neneknya ke Gulatis Jalan TAR, KL kerana membeli kain2 persiapan perniagaan neneknya. Masa yang agak lama memilih sekitar dua jam dalam gedung tersebut sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan kawalan terhadap sikecil. Dalam ruang ground floor yang tak seberapa luas dirasakan mungkin tiada bahaya yang bakal mengundang. Papanya perasan di hujung tingkat tersebut terdapat satu lif yang menghubungkan dengan tingkat atas kedai tersebut. Muchriz dah banyak kali usha lif tersebut. Memang antu la kalo tengok lif dan eskalator. Beberapa kali niatnya terbantut untuk masuk ke ruang tersebut setelah di patahkan dengan psikologi berkesan.

Namun, dalam minit-minit akhir di situ kelibatnya hilang, segera di cari di celah rak kain. Sah tak ada. Dalam kepala kami tak da tempat lain lagi melainkan lif tersebut. PANIK! ya itu tang paling sesuai. Papanya terus bergegas ke tangga ke tingkat atas. Dalam kepala rasa macam dah terbayang-bayang kes kes orang hilang anak sebelum ni. Tertanya tanya betul ke dalam lif tu, bangunan ni 5 ttingkat. Kalau betol ntah tingkat berapa dia berenti. Sempat ker jumpa. Kalau tak jumpa? jadi la tragedi hari jadi yang memilukan. Dan kisah kehilangan kanak-kanak yang menyayat hati lagi. Terus rasa bodoh kerana leka walaupun sesaat dari pemerhatian pandangan mata. Ye la, walau sebelum ni kan main lagi berhati-hati, beringat ingat, kalau nak jadi....mana tau kan.

Sesampai jer hampir dengan pintu tingkat atas, dah terdengar dengar macam suara orang ramai bertanya tanya..."mak mana? mana mak?....sah orang tanya budak kecik. dan...memang benar. Muchriz tanpa ada tangisan, tanpa ketakutan...muka biasa saja. yang ketakutan papanya. Terus mendapatkan dan memeluk tubuh kecil itu... tiada lain, hanya syukur.! dan takut untuk membayangkan sekiranya tidak dijumpai...atau hilang...
apa akan jadi. malam ini tidak sebegini. Dan Hari Jadinya esok tidak menjadi. Sukar untuk memaafkan diri sendiri jika itu benar.

Beringat Sebelum Kena.

Friday, April 30, 2010

FOTO PERKAHWINAN BERSAMA temewet

Salam sejahtera,
Tidak lama lagi menjelang cuti persekolahan pertengahan tahun. Dan ramai lagi la yang akan naik pelamin, mengakhiri zaman bujang masing-masing. Jika anda, rakan atau saudara mara anda yang belum memutuskan untuk mendapatkan khidmat fotografi, masih belum terlambat untuk berbuat sedemikian. Masih terdapat beberapa kekosongan jadual yang belum terisi. jadi jangan berterusan menjadi individu yang terlambat, hanya temujanji yang mudah dan tiada sekatan.
Hanya Jalinan.



Thursday, April 22, 2010

LAGU SEKOLAH SUBEST

Begitu berbangga apabila mendapat tahu lagu sekolah SMK Subang Bestari disumbangkan oleh komposer terkenal tanahair - L.Y dan Baiduri. Penghujung tahun lepas dikhabarkan. awal tahun baru ni belum lagi dengar sebarang perkembangan. Namun minggu ni alhamdulillah, lagu tersebut telah mula berkumandang dalam setiap perhimpunan pagi. Tapi sebenarnya aku tak berkesempatan nak dengar lagi. Beberapa hari dalam minggu ni banyak kerja luar. Jadi masih tertanya-tanya dan x sabar jugak la nak dengar camana agaknya lagu sekolah ni. Apa yang pasti secara peribadi, sangat menghargai sumbangan daripada kedua komposer ini dan sangat berbangga dengan hasil sumbangan seni ini. Terima kasih di ucapkan.

berikut adalah baitan lirik yang terkandung dalam lagu tersebut :-

SMK Subang Bestari

Janji kami menjadi generasi terbilang
SMK Subang Bestari
Taat setia dan bersatu padu
Beriman, berakhlak mulia berilmu

Kepada guru-guru kami sanjungi
Didikan ilmumu ibarat sinar
Jasamu menjadi lencana hati
Menerangi masa depan gemilang
Putra putri bestari

Chorus :

SMK Subang Bestari
Di sinilah permulaan kami
Membangun potensi kemerjadian diri
Demi Negara yang tercinta

Kami berdoa SMK Subang Bestari
Terus menabur jasa dan berbakti
Kami berikrar menuju kecemerlangan
membawa sekolah penuh kebanggaan

Cipataan : LY
Lirik : Baiduri
Hak Cipta Publisher : Kelarai Sakti Publishing Sdn Bhd



Sunday, April 18, 2010

THE WEDDER | hafiz & mawar

Majlis akad nikah di Sg. Buloh dan sambut menantu di Shah Alam, Seksyen 24. Datang meraikan sahabat dan merakamkan sedikit kenangan sekaligus. Majlis akad nikah agak terlewat. dari Shah Alam pun terkejar macam citer Hollywood kat highway...naseb bek pengantin selamat. :) Buat Pengantin, Selamat melangkah ke alam bahagia. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Cepat dikurniakan zuriat. zzzaaaasss!








Saturday, April 17, 2010